Sejarah Penubuhan



Sejarah Pembukaan Kompleks Rakan Muda Kemaman


Sebelum pembukaan Pejabat Kebudayaan Belia Dan Sukan di Kemaman ia dikenali sebagai Pejabat Kebudayaan Belia Dan Sukan Dungun Kemaman bertempat di Dungun.

Bermula pada tahun 1971 Pejabat Kebudayaan Belia Dan Sukan telah pun dibuka di daerah Kemaman bertempat di
Jalan Kenanga , Kampung Gong Pauh Kemaman. Pegawai belia yang pertama pada masa itu ialah YM Syed Abu Bakar bin Syed Abdullah.


Gambaran pejabat kebudayaan belia dan sukan daerah kemaman yang sekarang telah menjadi rumah kediaman.
Pada tahun 1972-1976 pejabat kebudayaan belia dan sukan daerah kemaman telah berpindah ke Bekas pejabat pos lama, bangunan kastam jalan sulaimani chukai kemaman. Pegawai yang bertugas pada masa itu Encik Abu Bakar bin Kasim.

Lakaran Gambar Pejabat Pejabat Kebudayaan Belia Dan Sukan daerah Kemaman 1972-1976

Bekas Tapak Bangunan pejabat kebudayaan belia dan sukan daerah kemaman yang sekarang sudah menjadi tempat letak kereta dan juga tempat riadah

Pada tahun 1977-1980 pejabat kebudayaan belia dan sukan daerah kemaman telah berpindah ke Bangunan kedai SEDC kampung besut kemaman Terengganu pegawai yang bertugas pada ketika itu Encik Mohamad bin Hamzah dan diganti oleh Encik Ghazi bin Ismail.

Gambaran pejabat kebudayaan belia dan sukan daerah kemaman 1977-1980 yang sekarang telah menjadi rumah kediaman ( ruang pejabat masih kekal seperti gambar diatas.

Pada tahun 1980-1996 pejabat kebudayaan belia dan sukan daerah kemaman telah berpindah ke pejabat daerah lama yang sekarang ini dijadikan pejabat dun chukai. Pegawai yang bertugas ketika itu Encik Ghazi bin Ismail kemudian Encik Azman bin Musa diikuti Encik Ibrahim Ismail kemudian diganti oleh Encik Surli bin Zakaria.

Gambaran ruangan pejabat kebudayaan belia dan sukan daerah kemaman / belia dan sukan daerah kemaman1980-1996 yang sekarang telah diubah suai kepada pejabat dun.

Pada tahun 1996-2004 pejabat belia dan sukan daerah kemaman telah
berpindah ke Bangunan persekutuan jalan melor gong limau kemaman terengganu.Pegawai-pegawai yang bertugas ketika itu Encik Sulji bin zakaria, Encik Fauzi bin Ariffin, Encik Nor Hisyam bin Mohamed, Encik Mohd Hafizi, Encik Zulbahari bin Ahmad.


Gambaran luaran bangunan pesekutuan daerah kemaman
yang menempatkan pejabat belia daerah kemaman

Pada disember 2004 pejabat belia dan sukan daerah kemaman telah
diarah oleh kementerian belia dan sukan malaysia berpindah ke kompleks rakan muda daerah kemaman,jalan mak lagam 24000 kemaman terengganu hingga sekarang. Pegawai - Pegawai yang bertugas Encik Zulbahri bin Ahmad kemudian diganti Encik Mohd Khairi bin Ali setelah jawatan pegawai belia di kompleks di naik taraf kepada S38 setelah Encik Mohd Khairi bin Ali dinaikkan pangkat kepada S41 pegawai belia dan sukan daerah kemaman telah diganti oleh Encik Ruhisyam bin Ibrahim bermula pada mei 2008 hingga sekarang.

Kompleks Rakan Muda dan Pejabat Belia & Sukan Daerah kemaman

Petikan ini dirujuk daripada Tuan Haji Razali bin Jusoh (Bekas Naib Pengerusi Majlis Belia dan Sukan Daerah Kemaman) berdasarkan daraipada ingatan.



 

PENAFIAN : Kami Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Kehilangan Atau Kerosakan Yang Dialami Kerana Maklumat Dalam Laman Web Ini. Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768. Hakcipta Terpelihara © 2010 www.mzf.com.my/v1 | mzfkemaman.blogspot.com